PERSEDIAAN KE KOREA MUSIM BUNGA 2018
Ohh ya, trip ni untuk 10 hari cuma cover Seoul. Patutnya 10 hari boleh cover Seoul + Busan kan ? Tapi aku pikir dalam Seoul je terlalu banyak tempat menarik boleh cover. Itinerary yang aku buat pun boleh cover at least 30 attraction place. Inshallah nanti ada rezeki lebih boleh pergi Busan + Jeju pulak.
Trip ke Seoul aku ambil service guide sahaja. Aku tak ambil ground pakej sebab budget dah lari kena tipu dengan Ardenttrip. Sedih dan geram sangat!! π‘ . Lepas kena tipu dengan Ardenttrip aku tak sure lagi sama ada nak ambil new ground package atau main redah je sebab nak kena consider cost yang dah lost dah buat budget calculation semula. Alahai, time ni rasa down sangat π₯. Nasib baik ticket flight beli sendiri. Tapi since aku pergi bawa anak 6 tahun dan aku pula trip leader rasa macam tak confident nak main redah. Yelah nanti dengan sibuk nak mencari jalan dengan nak jaga anak lagi. Tak pasal-pasal anak entah ke mana . So, akhirnya lepas discuss dengan trip members kami pun decide nak ambil service guide saja. Service guide ni aku ambil dengan Didi, at first Didi charge ₩ 80,000 perday tapi lepas sesi pujuk memujuk dapat kurang ke ₩ 70,000 perday. Hehehe.
Alhamdulillah Didi memang banyak membantu aku susun itinerary. Segala tips memang Didi tak kedekut untuk sharing. Thanks to her because within this period Didi memang tak pernah tak layan kerenah dan segala soalan yang aku tanya π . And she very nice and friendly π .
Oke, bawah ni adalah 14 senarai persediaan aku ke Korea ;-
1. PASSPORT
Kalau takde passport macam mane nak fly kan kan kan. Just ensure passport korang belum expired. Pastikan korang bebas dari segala sekatan seperti disenarai hitamkan oleh Imigresen terutamanya yang ada hutang dengan PTPTN. Korang boleh check status imigresen di SINI .
2. FLIGHT TICKET
Flight ticket aku dah cerita di post PLANNING TRIP TO SEOUL beserta dengan total cost sekali. Tiket ni aku beli 1 tahun 1 bulan lebih awal . Make sure korang kena alert dengan promo Air Asia.
3. GUESTHOUSE
Penginapan aku book through AirBnb. Sebelum nak book tu make sure kena cari tempat yg strategic. Strategic tu bagi aku yg paling penting dekat ngn subway station dan elakkan cari penginapan yang berada di kawasan berbukit. Finally aku book di SoDam Guesthouse Sinchon . GH ni cuma 2 minit walking to Sinchon Station. Juga berdekatan dengan Ewha Women Univ dan Hongdae .
Time aku search di airbnb, aku filter room untuk 5 adults sahaja. Then aku message host tanya untuk 6 years old child ada extra cost tak. Luckily takde extra cost dan aku bukan dapat entire place ye. Just private room with 2 queens and 1 sofa bed, apartment ni ada 3 bilik means aku akan sharing kitchen and bathroom bersama guest yang lain juga. Pada aku still oke compare to hostel/dorm sebab kena sharing ramai-ramai, tapi SoDam GH just share with guest for 3 rooms je.
** Review tentang SoDam GH aku akan share di post yang lain **
4. ITINERARY
Untuk susun itinerary memang kena banyak research . Actually agak mudah nak susun sebab sekarang pun dah banyak blog-blog yang share tips and trick to Korea. Yang penting korang kena extra rajin oke .
Nanti aku akan buat post khas untuk itinerary.
Nanti aku akan buat post khas untuk itinerary.
5. JOIN KOREA TOURISM ORGANIZATION
Daftar sebagai ahli VisitKorea dan jawab survey untuk dapatkan voucher coupon dan t-money with free ₩ 2,000 inside. Dah jimat sikit kat sini ;)
Kalau kat tempat korang ada buat MATTA Fair boleh pergi juga sebab KTO ada buka booth. So korang boleh ambil segala broucher dan sometime akan dapat voucher.
6. CURRENCY EXCHANGE
Sebelum tukar memang wajib check rate setiap hari, dah jadi routine aku before fly. So far aku dah 4 kali tukar termasuk dengan duit tabung Korea. Semuanya tukar di Max Money . Kat JB yg aku tau ada 3 branch dan setiap branch rate mmg berbeza .
1st tukar , early July 2017 : ₩ 1,000 → RM 3.79 (personal expenses)
2nd tukar , end July 2017 : ₩ 1,000 → RM 3.72 (personal expenses)
3rd tukar , Jan 2018 : ₩ 1,000 → RM 3.74 (duit group trip)
4th tukar , Feb 2018. : ₩ 1,000 → RM 3.57 (personal expenses)
4th tukar , Feb 2018. : ₩ 1,000 → RM 3.57 (personal expenses)
Agak rugi tukar terlalu awal sebab yg last tukar dapat pulak rate yg paling rendah. Maybe time tu ada Winter Olympics kot.
7. PUBLIC TRANSPORT & T-MONEY
Of course main transportation yang akan di guna adalah subway. Untuk jimat cost sebab dah kena tipu pakej trip kan. Cost public transport Didi suruh standby ₩ 70,000 ~ 80,000 per person untuk 10 hari. Since aku menggunakan service guide so tak banyak tips yang boleh bagi kat sini sebab sepanjang perjalanan ke antara attraction place under Didi control. Hehehe. Mudah kan? π
8. MEALS
Bab makan aku tak planning nak bawa bekal makanan kering dari Malaysia sebabnya memang dah niat nak 100% rasa makanan Korea. Just standby bawa Maggi ,kot² tengah malam lapar π. Means kena standby duit lebih untuk makanan. Standard price for proper Korean food ₩ 12,000 per meal.
Makanan halal pula mesti ramai dah tahu senang nak cari di Itaewon. Aku tak berapa risau sangat pasal nak cari makanan halal sebab Didi kan ada . Hehehe π . I trust her ✌.
Pape pun depend pada budget korang ye. Pada aku tak salah spend lebih sikit untuk merasa keunikan makanan Korea. Bukan tiap bulan dapat datang Korea kan .
9. INTERNATIONAL ADAPTER
Benda kedua terpenting bagi aku.
Kalau takde ni macam mana nak charge hp? Lepas tu kalau hp takde battery macam mane nak snap view and take video di Seoul yang sememang nya DAEBAK kan. Paham tak perasaan aku ?? π .
FYI, Korea guna 2-pin mata bulat .
Rasanya kena standby bawa extension wire juga sebab mesti akan berebut dengan trip members. Maklumlaa banyak gadget nak kena charge nanti. Confirm akan ada perebutan di situ π .
10. CLOTHES
Pakaian yang diperlukan pada musim bunga tak perlu terlalu tebal sebab suhu macam suhu air cond, around 10~20 celcius. Tapi malam suhu akan drop. Make sure kena bawak trench coat dan turtleneck sweater.
Since di SoDam GH ada washing machine, aku cuma bawa pakaian untuk 5 hari je. Boleh jimat space luggage, lagi pun nak kena share luggage letak pakaian Izz sekali.
Yang ni di bawa ikut keperluan diri sendiri. Untuk aku wajib ada panadol activfast and vicks sebab aku teramat sensitive dengan sejuk. Resdung punya pasal, kalau hidung dah start buat hal confirm datang pula sakit kepala. Minyak yu yee dan coolfever pula khas untuk Izz. Takut juga kang tetibe Izz demam sebab tak sesuai dengan suhu di Korea.
Salonpas dan plaster pun perlu sebab seharian dah berjalan kan. Tak lupa juga Vitamin C atau supplement untuk elakkan demam dan selsema.
GH dah sediakan shower and shampoo. So aku cuma bawak toothpaste/brush, pencuci muka dan scrub . Towel pun kena bawak ye sebab mostly GH di Korea cuma sediakan towel yang kecik . Macam towel cuci muka tu.
Antara items lain yang perlu adalah lips balm , pelembab muka, lotion badan. Kulit akan mudah kering bila suhu sejuk ni, so barang ni serba sikit akan membantu korang.
Optional > hand warmer. Actually hand warmer diperlukan bila winter je. Tapi aku jenis tak tahan sejuk. So langkah berjaga-jaga baik bawak terus.
13. EMPTY BOTTLE & WET WIPES
Botol kosong dan wet wipes perlu ada untuk dibawa kemana sahaja korang pergi untuk melancarkan pelaburan. Hehehe . Rasanya agak susah nak cari toilet yang ada air pancut jadi dengan adanya botol kosong boleh selesaikan masalah korang . Ye dak ?? π .
14. BUDGET
Kena tetapkan budget ikut keperluan sendiri. Macam aku standby budget RM3,000 untuk makan, sourvenir, dan shopping sesikit . Budget ni aku tak include ticket flight dan flight add-ons ye. Budget ni depend jugak berapa lama korang akan stay di Korea. Lagi lama lagi banyak la budget korang.
Tips : Kalau korang pergi dalam group adalah sangat di galakkan untuk buat TABUNG KOREA. Ini yang aku buat dengan trip members, kami collect setiap bulan min. RM150 sampai la budget kami dah cukup .
Well, sampai sini saja perkongsian persediaan trip ke Korea aku. Moga entry ni berguna untuk korang yang ada perancangan ke Korea.
Thanks for reading.
Love π
Rhai M.




Comments
Post a Comment